8 Apr 2011

Tentang Ganja

Tujuan blog ini dicipta adalah usaha untuk memberi pengetahuan,mewujudkan satu komuniti yang sihat, memfokuskan, menyebarkan dan memperjuangkan usaha-usaha legalisasi ganja dari jutaan rakyat Malaysia yang mencintai ganja sebagai konsumsi hiburan yang jauh lebih sihat daripada tembakau ataupun alkohol.

Blog ini juga berusaha untuk memberi informasi tentang pelbagai manfaat dan potensi tanaman ganja, baik untuk kegunaan industri, ubat-ubatan mahupun sebuah sumber tenaga terbaru.

Kualiti dan kuantiti serat dari batang tanaman ganja adalah lebih tinggi sebagai sumber serat untuk menggantikan pohon kayu yang berpotensi mengurangi permintaan kayu, penebangan-penebangan liar yang merosakkan hutan di Malaysia.

Potensi serat kulit batang ganja yang lebih tinggi kualitinya per-hektar dari kapas, berpotensi menjadi sumber tekstil baru menggantikan pohon kapas yang boleh merosakkan kesuburan tanah.

Kandungan protein, vitamin E dalam minyak biji ganja yang lebih tinggi dari susu, telur ataupun daging telah menempatkan biji ganja sebagai sumber nutrisi yang lengkap di dunia.

Kandungan zat psikoaktif yang memabukkan dari daun dan bunga ganja telah diakui oleh dunia perubatan mempunyai keunggulan dalam mengubati tumor, cancer, melindungi sel saraf, membunuh bakteri penyebab TBC, berfungsi sebagai antibiotik yang lebih kuat dari penisilin, berguna dalam pengubatan penyakit AIDS, penghilang rasa sakit, memperlambatkan kerosakan dan memperbaiki saraf dari penderita alzheimer, parkinson, ALS (amyotrophic lateral sclerosis), MS (multiple sclerosis), mengubati glaukoma, meningkatkan ketajaman mata, mengubati gejala epilepsi, depresi dan puluhan kegunaan perubatan lain yang tidak dapat disebutkan semua di sini.

Ganja adalah masalah politik dan ekonomi, bukan masalah kesihatan apatahlagi moral. Undang-Undang yang tidak adil di negara ini telah membuatkan lebih dari 28.8% dari seluruh penghuni penjara di negara ini (AADK, Disember 2007) adalah penagih dadah, yang seharusnya ditempatkan di pusat pemulihan dengan pengawasan dan perawatan yang sesuai.

Namun kenyataannya, para pengguna ganja hanya menjadi kambing hitam pihak polis, kerajaan, dan institusi pengadilan yang sering kali menjadikan kesalahan pengguna ganja lebih tinggi dari kes pembunuhan, kecurian, perdagangan manusia, pembalakan hutan, korupsi bahkan lebih tinggi dari kes agama.

Pengguna ganja juga manusia, dan berhak juga menuntut dan penegakan Hak Asasi Manusia di tanah air Malaysia.

Kempen anti-dadah bahawa ganja adalah bahan berbahaya yang dapat menyebabkan ketagihan, merosak sel-sel saraf, mengganggu proses otak , bahkan boleh menyebabkan kematian akibat overdos adalah satu pembohongan media serta propaganda dari kerajaan dan badan anti-dadah yang tidak memiliki dasar ilmu.

Propaganda ini disebarkan atas tekanan dunia ,terutama PBB dan Amerika yang ingin menyembunyikan pelbagai keunggulan tanaman ganja dari kesedaran rakyat serta tidak mahu menjadikan tanaman ganja menjadi bahan yang boleh mengatasi industri-industri kimia, tekstil, kertas, farmasi dan hidrokarbon besar dunia.

1 comment:

  1. Menarik. Tapi... pernahkah universiti2 di malaysia membuat kajian tentang tanaman ini? saya masih keliru kerana tiada bukti yang kukuh untuk legalisasikan.

    Salam 1 Malaysia

    ReplyDelete